30 September 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 1)

Baju raya kami tahun ni bertemakan 1 Malaysia
SALAM AIDILFITRI 1430. Mintak sori le lambat nak wish ekoran kesibukan yang tidak dijangka ketika membuat persediaan balik raya baru-baru ni. Maklumlah, tahun ni kami (ibu dan cik abang) yang sebelum ni berduet sudah bertrio pula.

Tahun ni, ibu hanya sempat membuat muffin (perasa oren, blueberry dan coklat) sebagai buah tangan kepada kedua belah keluarga. Kuih raya kan banyak orang sponsor makanya dapat juga diagih-agihkan bersama muffin yang resepinya diperolehi dari dapur kak hanieliza.

Bercerita mengenai syoknya aidilfitri tahun ni, kemeriahan berhari raya kedua famili berganda 23 dengan kehadiran cucu sulung mereka. Siapa lagi kalau bukan si kecil kami, Khalish. Masing-masing tak sabar nak peluk cium dengannya setelah hampir sebulan tak bersua.

Tahun ni turn beraya di rumah keluarga mentuaku di Petaling Jaya. (ahaks...orang balik kg, kami pula balik bandar). Kami balik ke sana sehari sebelum raya. Sampai je kat rumah atuk dan nindanya kira-kira jam 4 petang, khalish dah start pusing kanan, kiri, atas (tengok kipas yang bergerak) seolah-olah dibelenggu kekeliruan di mana gerangan dia berada.

Alih-alih tak berapa lama lepas tukar mamy poko dia, khalish memulakan sesi latihan vokal (ala-ala penyanyi soprano) yang menyebabkan ibu, cik abang, mama dan ayah tak berkeruan. Semua dok memujuk. Menyusu pun tak nak.

Tangisannya reda seketika selepas ibu meletakkan minyak angin kat perutnya (ces...kembung rupanya). Pastu, ibu cuba menidurkannya (dekat 3 jam tak tidur lagi ni) dengan pelbagai posisi rutin bila dia nak tidur - kejap baringkannya, meniarap, masuk dalam buai -, lepas ibu, atuk, ninda khalish, ibu balik...bala bala bla tetap tak berjaya walaupun matanya dah lelap.

Kemudian, ibu minta izin naik ke tingkat atas bilik tidur kami untuk menidurkannya. Cubaan ibu
berhasil bila khalish akhirnya terlena di bawah ketiak ibu sambil ditepuk-tepuk manja belakangnya. hahaha...anak ibu la katakan. Sabar jelah...

1 SYAWAL
-----------

Gambar kenangan bersama keluarga sebelah cik abang
Khalish yang segak berbaju melayu berwarna ungu dibeli atuknya (seluar lipat 7x ye...) tidak ketinggalan meniti pengalaman baru memohon kemaafan di pagi raya dengan ayahnya, atuk dan nindanya. Siap dapat duit raya lagi atuk bagi.

Lepas menikmati juadah raya yang disediakan mama mentuaku (sori ye mama, dapat tulong sikit-sikit je) kami kemudiannya bergegas pulang ke kampung arwah atuk (bapa sebelah mama) di Pulau Indah, Klang. Ini adalah tahun pertama beraya tanpa atuk yang pulang ke rahmatullah kira-kira 11 bulan lalu.

Ketibaan khalish disambut meriah apabila nenek dan atuk khalish (adik beradik mama) yang belum berkesempatan bertemu dengan khalish, masing-masing hepi dengan kehadiran ahli baru keluarga kami. Mak anjang siap menyuakan gula sebagai acara alu-aluan (agaknya kot). hehe...

Akibat kepanasan, khalish hanya berlengeng ketika berada di kampung
Petang, aktiviti khalish di kampung selepas menyusu, tidur, main-main sekejap, sesi fotografi, minum susu, tidur balik....Aktiviti ibu dan ayah khalish, makan nasi himpit, rendang ayam, daging, siput beliung, kuih raya....tengok tv (tahun ni tak de serkes ke...ahaks), sesi fotografi, berborak-borak, bergosip, main dengan khalish. (ceh...jauh benor ibu merapu nih).
Inilah rupa siput beliung selepas dibuka cengkerangnya
Sebelum pulang, kami tiga beranak dan adik-adik ipar ibu (3 orang) sempat menziarahi rumah pak long (bapa saudara cik abang) yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah arwah atuk. Juadah best, rendang siput beliung lagi yer....
Malamnya, khalish tidur awal akibat keletihan berhari raya seharian di samping penat collect duit raya....

-bersambung-





2 comments:

  1. sedap tak siput beliung itu?apa rasanya

    ReplyDelete
  2. rasanya lebih kenyal berbanding siput sedut. kalau akak pernah rasa siput bulan, lebih kurang la rasanya tapi siput beliung besar sikit. puas juga makan. masih teringat2 keenakkannya nih....surrp...

    ReplyDelete