16 September 2009

Kuih Yang Tak Sempat Raya


Mampukah kuih raya ini bertahan hingga 1 Syawal ni??

Tahun ni ibu tak buat satu pun kuih atau biskut raya. Cik abang ibu yang tersangat obses dengan tat nenas pun memberi pelepasan pada ibu untuk tidak membuatnya tahun ni. Ini kerana demi memastikan tumpuan dihalakan sepenuhnya pada si kecil kami, khalish. Bukannya pada kuih raya. (he2....selamat ibu).

Kami pun tak teruja sangat nak membeli belah kuih raya kerana pengalaman lalu kuih2 yang dijual tak kena dengan anak tekak ibu. Namun, rezeki tahun ni murah kerana ramai yang bagi kuih raya pada cik abang ibu. Maklumlah, bila cik abang ibu kena cover sesuatu esaimen yang ada kaitan dengan majlis2 amal atau kebajikan, mereka kebiasaannya memberikan cenderahati kuih raya sebagai penghargaan.

Kuih raya yang pertama cik abang dapat pada awal ramadan iaitu biskut semperit / samperit yang diberikan Sunway City Ipoh. Walaupun taklah berapa minat dengan kuih ni tapi ibu layan mengudap juga. Rasanya pergh...cair di mulut gitu. Sekarang ni tinggal dua baris je nak habis. hahaha...

Biskut seterusnya yang tak sempat raya adalah kuih batang buruk dan biskut aiskrim yang cik abang beli kat akak opis beliau. Rasanya ok2lah...tapi tak lah sampai tahap ibu nak habiskan dengan kadar segera. hehe...

Seterusnya pada minggu lepas, dapat lagi makanan ringan seperti kerepek pedas,ubi, sukun, pisang, kuih bijan, maruku dll (sebanyak 12 jenis, okey) cik abang terima masa cover esaimen foriegn student kacau dodol kat UTP. Ada dua bungkus yang dah di'korban'kan. (Mana tahan nak tunggu raya beb).

Secara tak live, dengan penerimaan cenderahati berkenaan, so jadilah ia sebahagian dari barisan kuih raya yang akan dihidang di atas meja raya nanti. Lagipun, tahun ni kami tak perlu berasak2 pegi ke Kg kacang Putih, Ipoh (industri penghasilan produk kacang putih) untuk memilih makanan ringan seperti yang disebutkan di atas. (Jimat masa, tenaga dan uang. kui3...rejeki2)

Ibu suka tengok bakul hamper yang bercirikan anyaman rotan

Semalam, dapat lagi dua hamper kuih raya (UTP lagi dan Hotel Casuarina) serta dodol dari KTM. Teruja pun ada gak kerana tak buat kuih raya pun ada orang bagi. Baru rasa nak berhari raya skit bila tengok kuih banyak2 ni. Syukur alhamdulillah.... (sebut ala2 iklan penapis air dalam tb tuh).

Agak2nya ada tak orang nak bagi kuih raya pada kita B? Ada beberapa hari lagi nak raya nih...heheh...(tak malu betul) . Tapikan B, ada ke orang perseorangan atau sefamili nak datang raya rumah kita nanti??? ader ke....

3 comments:

  1. Mengikut dari saiz perut bapak si khalish nie yang tak surut2 walaupun perut ibunya telah pun surut....alahai...tak sompekla nak sampai satu syawal!

    ReplyDelete
  2. he3...ibu khalish yg merasmikan sesi pembukaan n penutupan balang kuih. ayah khalish jeling2 jer....

    ReplyDelete
  3. OKLAH ADA GAK ORG NAK BG KUEH RAYA.AKAK BELI 2 JENIS JE,ITUPUN SATU BEKAS DAH SETENGAH ABIS.
    MGKIN BALIK DR KAMPUNG BARU BELI KUEH KOT.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    ReplyDelete