05 October 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 2)

Kecomelan khalish dan ibu (ahaks...) terserlah

(Mood mengetuk papan kekunci akhirnya sudah kembali. Sementara khalish sedang beradu, makanya ibu dapat juga bersenang lenang - dah siap kemas rumah ok - depan note book > dihadiahkan cik abang bulan lepas <>

2 SYAWAL
------------
Destinasi raya kami sekeluarga seterusnya menuju ke Kampung Bandar, Banting. Ini adalah kampung sebelah keluarga ibu mertuaku@mama. Perjalanannya yang memakan masa hampir dua jam setengah menyebabkan khalish tertidur keletihan hampir sepanjang perjalanan.

Khalish ketika diperkenalkan kepada moyang saudaranya

Ini adalah tahun kedua ibu berhari raya di kampung ni. Tahun lepas, khalish pun sampai gak tapi dia masih sebesar anggur dalam peyot ibu. Sesampai di sana, kelihatan adik beradik mama sudah tiba di rumah Tok Su. Meriahnya dapat berkumpul ramai-ramai. Gamatnya ibarat rombongan cik kiah pun ada.

Khalish masih diperlakukan seperti selebriti fofular, kejap-kejap diambil gambarnya. Si kecik ibu ni memang pandai berposing, macam tahu-tahu orang nak ambil pix dia, kontrol muka hensem tak ingat. (hehe...padan muka ibu asyik suka ambil gambarnya sejak lahir).

Selesai menjamu selera rumah Tok Su, kami pun bergerak ke rumah Tok Andak (masih lagi dalam kampung yang sama) untuk berhari raya. Time ni khalish dah tak larat nak angkat mata. Letak je tilam bergerak, (ada ke istilah ni, sume tilam boleh digerakkan? belasah...) dia mula mencari tempat selesa untuk melelapkan mata.

Pix contoh : khalish cari mood nak lelap, tak de tilam pun layan...

Sejak pandai meniarap pada usia tiga bulan, khalish dengan sendirinya lebih gemar memilih stail tidur meniarap. Memula dulu, ibu khuatir dia tidak dapat bernafas dengan baik. Bila ibu telentangkan, sekejap je dia menterbalikkan kembali badannya.

Lagipun ibu pernah terbaca satu artikel mengatakan posisi ini mampu membawa kejadian kematian mengejut kepada bayi. (Ya Allah, jauhkanlah). Namun, alhamdulillah khalish nampaknya mampu mengawal sendiri kepala dan hidungnya daripada tersembam.

Ramai yang tegur stail khalish tidur, bukan saja nampak pelik malah mereka juga geli hati melihat keletah comelnya berpusing ke kiri dan ke kanan mencari keselesaan untuk me'landing' kepalanya. Risau juga tengok aksi ganas dia menghempaskan kepala ke atas tilam. Dah gitu ragamnya, ibu ikutkan saja asalkan tak mencederakan dirinya.

Khalish bila dah ngantuk, bisinglah macamana pun dia tak heran pun. Makanya, jalan-jalan berhari raya kami berakhir di situ. Walaupun yang lain bersepakat menziarahi pusara arwah moyang dan nenek cik abang ibu, namun mama menyuruh kami pulang dulu ke petaling jaya kerana tidak menggalakkan membawa khalish yang masih kecil ke tanah perkuburan.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment