25 May 2010

Kampungku 'Dilanggar' Buaya???

Cerita mengenai kehadiran beberapa ekor buaya di kampung saya di Masjid Tanah, Melaka sudah diketahui menerusi panggilan telefon dari mak, sejak minggu lalu.

Khabarnya, dua ekor buaya tembaga berlegar-legar beberapa meter dari tepian pantai Kampung Sungai Tuang seolah-olah ingin naik menjemurkan diri di darat. Aktiviti seperti penangkapan ikan dan mandi-manda nampaknya tidak berlaku seperti biasa, siapa nak jadi makanan sang buaya kan?
>Pix diambil masa buaya tak muncul - berani sungguh diorang ni<

Dek khuatir tentang keselamatan, pihak berkuasa datang membantu untuk menangkap buaya berkenaan, siap dengan umpan ayam untuk memerangkap sang buaya, namun gagal mungkin ayam tu tak berapa menggiurkan kot. hehehe...bagilah lembu ke, kambing ke...mungkin buaya tu berselera kot.

Ingatkan cerita tu dah habis begitu saja, tup...tup Orang Sebelah saya memberitahu masa sarapan tadi cerita buaya tu keluar di Berita Harian hari ni. Siap dengan gambar lagi tu. Hah...buaya siapakah ini ye?

Mengikut cerita mak, kononnya orang-orang lama (dah jadi arwah) kat kampung ni dulu ada 'membela' dengan memberi makan kepada 'benda' yang berada di laut bagi membolehkan nelayan selamat pergi ke laut dan membawa pulang tangkapan yang banyak. (cheh...dah macam ala-ala drama penunggu gunung raya lak).

Biasalah, zaman dulu pegangan agama tak kuat dan ada yang mengamalkan ilmu yang bercanggah di sisi syariat. Dengar kata jiran kami, mak cik Timah yang juga kaki pancing, bukan dua ekor malah ada lima kesemuanya yang akan muncul sekali dalam sehari.

Versi lain pula, kononnya ada yang melahirkan anak berkembarkan buaya dan mungkin buaya sekeluarga ni datang mencari waris kembarnya yang manusia kot. Ntah siapa, wallahualam.

Tak pun, buaya-buaya ni sekadar melawat kawasan mencari port baru untuk melepak (maklumlah pantai kampung saya dah ditambak cantik siap ada taman dan pondok rehat). Ataupun, reptilia ni tersesat - mungkin dari muara Sungai Linggi (yang terletak 15 kilometer dari pantai kampung saya) - dikatakan mempunyai beratus-ratus ekor buaya.

Apapun, itu sekadar teori dari saya yang bukan ahli kaji buaya. thehehe...
>ini bukan mencari lubang buaya, tetapi aktiviti mencari siput remis di tepi pantai<

Nampaknya pihak berkuasa kena memikirkan cara paling cepat nak menghalau atau memindahkan buaya-buaya ni, SUKMA tinggal beberapa hari lagi ni, dengar cerita perlawanan kapal layar bakal diadakan berhampiran pantai kampung saya.

Silap-silap buaya ni join sekali masuk bertanding siapa berlayar paling laju. Masa tu, siapa yang menang agak-agaknya? hihihi...
Baca berita mengenai buaya di sini

No comments:

Post a Comment