03 June 2010

Antara Cili Jeruk, Ikan Pekasam dan Jeruk Ikan

Salam semua,

Kali ni nak bercerita mengenai tiga jenis makanan yang membuatkan saya kecur air liur (surppp...) sejak ngandung kali kedua ni. Kalau ada cili jeruk dgn ikan pekasam / cili jeruk dan jeruk ikan, lauk lain tak de pun tak pe.

Cili jeruk ni - senang je sapa nak buat. Memula...eceh...dah mcm blog resepi lak.
1. Hiris cili hijau (dlm 10 biji) ikut suka sampai habis.
2. Masukkan dalm bekas yg siap sedia berisi cuka + air suam (2:2) + garam + gula. (dlm kes ni saya guna botol sos spagetti)
3. Gaul / goncangkan sebati. Biarkan semalam lagi syok.
Boleh juga dimakan dgn mee/ bihun / kue teow goreng.

Masa zaman belajar dulu, saya ada seorang teman berasal dari Kedah, setiap kali naik cuti sem je benda wajib dia bawa balik adalah sebalang jeruk cili akar. Pergh...pedas berhantu bila makan. Dia ni memang hantu pedas, dah la masak nasi goreng cili padi, bolehlah pulak dia berulamkan jeruk cili akar. Kitorang satu rumah ni dah masuk toilet berkali-kali, dia selamba je tak de ape-ape. Mungkinkah itu rahsia dia jadi slim balik selepas bersaiz XXXL beberapa ketika???

Saya mengenali ikan pekasam dan jeruk ikan bila datang ke Ipoh. Sapa lagi kalau bukan Orang Sebelah (OS) yang memperkenalkannya. Kat Melaka mana da 2 benda ni, nak-nak saya tinggal kat tepi pantai, sah-sah kami makan ikan fresh je. kekeke...

Tips nak beli ikan pekasam ni, saya cadangkan kalau yang nak beli homemade tu, beli yang baru dibuat dlm tempoh 3 hari. Pengalaman saya, opss... OS terbeli ikan yang betul-betul terlebih jadi pekasam di pasar besar. Secara luarannya nampak elok je, tapi bila goreng hancus semacam malah isinya dah tak ummpph...

So, better beli yang kilang buat. Pembuatannya lagi meyakinkan dan isi ikan lebih tahan lama apabila dibungkus dalam plastik secara vakum. Tambahan pula rasanya bertambah enak bila disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar.

Ikan pekasam yang popular di Perak ni dibuat di Lenggong. Macam-macam jenis ada - antaranya seperti lampam, tilapia, puyu, sepat, jelawat dan loma. Paling sedap - ikan sepat. Sepaket ikan pekasam biasanya dijual dalam lingkungan harga RM2.50 hingga RM3.50 bergantung kepada berat dan saiz ikan.

Cerita mengenai ikan jeruk lak, saya rasa yang paling best setakat ni, made in Pulau Pangkor. Tak silap dia jeruk dgn minyak kacang. Bau dia mengancam betul. Biasanya saya tengok orang gunakan ikan tenggiri untuk buat jeruk ni. Tips menggoreng : adalah menggunakan 3 sudu minyak masak.

Baru-baru ni, saya teringin nak makan ikan jeruk. Tak dan nak gi Pangkor, OS dpt cari kat Tesco je. Made in Balakong tapi rasanya mai dari Thailand. Lepas digoreng dan disertakan dengan bawang dan cili goreng serta diperah dengan limau kasturi, si Khalish nangis pun macam tak dengar je. (hehehe...dasat betul ibu dia!!).

Apakah motif saya bercerita mengenai makanan di atas? Sebab saja nak bagi korang semua kecur air liur. hehehe...Dah time lunch, jom makan. Saya nak gi goreng jeruk ikan lagi nih. Slurrp.....

No comments:

Post a Comment