04 October 2010

Pembakar Semangat


--Update sekali harung--

Orang Sebelah dah selamat pulang ke tanah air selepas tiga hari berada di Medan hujung bulan lepas. Antara barangan yang sempat disambar untuk saya adalah Kek Lapis Rempah (ini direquest), Kuih Bika Ambon, buah salak, kacang Medan, keropok Belinjo, 2 helai baju tidur indon dan 2 helai tudung. Khalish dapat sehelai seluar jalan. Lain-lain adalah 2 helai seluar dan baju untuk OS sendiri.

Kata OS, Medan tak banyak pilihan untuk membeli belah baju atau seluar yang bersesuaian untuk orang kita. Faham-faham sajalah baju orang sana jenis macamana. Kain pun kena belek betul-betul supaya selesa dipakai. Apapun, syukur OS selamat pulang ke pangkuan kami selepas 4 hari 3 malam saya berdikari bersama Khalish dan baby dalam peyot ni.

Bercerita mengenai persiapan khusus untuk bakal adik Khalish, barangan utama yang berada dalam list adalah BREASTPUMP SPECTRA 3. Benda ni dah direquest sejak awal kehamilan lagi selepas memperoleh info menerusi pembacaan dari majalah, blog dan internet pakar laktasi serta review dari moms yang menggunakan pam ni.

Saya SANGAT2 perlukan benda ni sebab saya tak nak adik Khalish menjadi seperti abangnya yang tak berpeluang menyusu lama dengan saya ekoran kecetekkan pengetahuan dan rasa menyerah kalah kerana air susu saya tidak dapat dihasilkan dengan banyak.

Makanya, ketika Khalish 6 bulan baru saya mengetahui info menyeluruh mengenai masalah penyusuan dan kepentingan pam susu. Namun, saya berpendapat segalanya dah terlewat kerana Khalish sudah selesa bergantung dengan susu formula sepenuhnya.

Bagaimanapun, saya bersyukur kerana OS menyediakan susu Enfa untuk keperluan Khalish dan kesihatannya berada dalam tahap normal meskipun menggunakan susu formula. Biarpun harganya mahal, namun demi anak semuanya perlu diusahakan.

Terima kasih pada OS kerana membelikan Spectra 3 seperti yang saya hajati. Saya berikrar untuk tidak melepaskan peluang dalam menyediakan bekalan susu terbaik untuk bakal baby kita. Harap-harap pam ni bakal membantu saya menghasilkan lebih banyak susu serta mampu menyusukan bayi sendiri hingga berusia 2 tahun.

Bagi Khalish, jika dia boleh terima susu Ibu (biarpun agak terlewat - Khalish sekarang nak masuk 1 tahun 5 bulan- dan perlu masuk dalam botol), saya sanggup supply untuknya bagi menebus kekhilafan saya sebelum ini.

Dengan harapan yang menggunung, moga Allah memakbulkan niat suci saya buat kali ini. Amin.....

No comments:

Post a Comment