21 January 2012

Sawadika Hatyai - Songkhla (part 2)

Hari kedua kami di negara jolokan Gajah Putih ini kami ke Songkhla. Dari segi geografiknya Hatyai berada dalam wilayah Songkhla. Jarak perjalanan kira-kira 40 kilometer.

Plan asal adalah untuk menaiki tuk-tuk dengan tambang standardnya 750baht (RM75) bagi perjalanan pergi-balik.

Namun, mengenangkan perjalanannya memakan masa 2 jam, faktor cuaca dan ketidakselesaan Khalish dan Ilhan, kami mengambil keputusan bertanyakan harga untuk sewa teksi atau van.

Rata-rata menawarkan bayaran 1500 baht untuk sewa van manakala untuk teksi (kereta ala-ala Honda Accord) pada kadar 90baht.

Nasib menyebelahi kami, akhirnya terjumpa satu agensi sewa teksi berhampiran restoran Salma menawarkan bayaran 1000baht (RM100) untuk kenderaan MPV yang memuatkan kami semua. Lega juga sebab anak-anak dapat tidur dengan selesa dan kami pun dapat berehat seketika.

Kalau naik tuk-tuk, alamatlah dengan ruang yang terhad dan sah-sah tak de aircond. hehehe...Nak pergi jauh kan, bayar lebih sikit tak pe asalkan semua selesa.

Destinasi pertama kami ke adalah ke Aquarium Songkhla. Bayaran masuk adalah RM20 dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. 

Mula-mula masuk dah berkejar nak tengok live feeding show. Sangat kiut melihat trainer yang bermesra dengan penyu, jerung dan ikan-ikan lain. Kagum seketika.
Khalish tak boleh duduk diam. Kejap-kejap e...fish, kejap-kejap cantiknya ikan...Jenuh En Bapak mengekor dia ke sana sini,
Posing lagi konon macam duta akuarium
Budak ni sempat menangkap ikan nemo lantas menjadikannya topi. Sekor dekat RM30 okey.
 
Masa sampai di Pantai Samila, hujan dan angin sudah mengganas. Ombak kat belakang tu lagi la, risau juga kot-kot la tsunami. Masa ni dok mendukung Ilhan sambil snap pix En Bapak yang berhajat sangat nak bergambar dengan patung ikan duyung tu. 

Bergasakla dalam hujan dengan basah dan seluar habis kena pasir. Dugaan sungguh. 

Selepas itu, kami ke National Museum Songkhla. Mari lihat apa yang kami jumpa. 

Kebetulan, hari berkenaan adalah sambutan hari kanak-kanak Thailand. Maka, banyak aktiviti disediakan untuk kanak-kanak di seluruh negara terbabit.
Gigih maknya mengajar kukur kelapa cara tradisional.

erat Ilhan adalah melebihi berat sekampit beras 10kg ok. Saya kuat...
 Ok, jangan tertipu melihat gambar sebab semuanya adalah berada di sebuah dewan di kaki bukit menuju ke muzium. Muziumnya sinun atas bukit yang lebih tinggi dari bukit St Paul di Banda Hilir ye. Nah...kalau berangan nak naik dengan heels dan muatan lebih, kem salam je la jawabnye. 

Jika cukup stamina, silalah ikut laluan bertangga yang disediakan. Agak-agak dah daki sampai jumpa daun pokok paling atas. Sampailah muzium tu gamaknya. 
Bila digoogle, macam nilah rupa muzium kat atas bukit tu
Lepas tu, pemandu teksi kami bawa lunch berhampiran pantai Samila. Jangan risau, sebab restoran makanan muslim banyak dibuka di sini. Songkhla merupakan wilayah yang mempunyai ramai penganut Islam. Bukankah ramai yang datang ke sini untuk bernikah? {motip? tak de kena mengena dengan cerita. hehehe}.

Sebelah petang, kami balik ke hotel. Lepas berehat selama sejam, saya, adik dan Yam gigih mencari spa untuk memanja diri. Terdapat banyak kedai khidmat urut di sepanjang laluan ke Lee Garden Plaza,  Pilih saja mana yang berkenaan.

Cuma mereka tiada khidmat khusus seperti rawatan badan dan muka.  Dalam iklan di peta, ada spa khas seperti Preuksa Spa, Cenvaree Spa atau Sittara Spa. Asal berhajat nak pergi Preuksa, bila tengok macam jauh je, rasa malas nak pergi pula.

Buat pertama kali seumur hidup saya mencuba rawatan manicure dan urutan kaki dengan bayaran 550 bath. Sangat selesa dan kaki rasa ringan semacam. Memandangkan En Bapak sponsor semua bayaran spa, maka wajiblah mencari tukang urut untuk satu badan.

Maka, kami sepakat ke spa di hotel penginapan kami, New Season Hotel. Mereka yang jenis suka urutan jenis kuat boleh mencuba thai massage  manakala yang jenis lemah lembut macam kami bertiga ni mencuba oil massage. Siap dengan urutan pecah angin dalam perut tau. Bayaran hanya RM55 sejam.

Apa yang saya rasa menarik, tukang urut ni akan mengelap badan kita dengan tuala suam untuk mengurangkan rasa berminyak di badan. Selepas itu, kami dihidangkan dengan segelas air pati halia. Ofkos saya minum separuh je sebab tak tahan rasa pedar halia.
Urutan mak cik tukang urut tu, saya bagi 9/10 bintang. Sangat melegakan ok. Kalau tinggal sini, maunya setiap minggu datang urut. hehehe...

Aktiviti malam, wajiblah berjalan untuk membeli belah dan makan-makan. Saya takkan lupa...
Ayam goreng {yummy...khalish pun suka}, pulut mangga {nyesal tak makan banyak} dan wantan halal {sedapnya sos dia}. Iskh...sempat terliur lagi.
Rasanya cukup untuk kali ini yer. Bersambung di bahagian terakhir kelak.
Terima kasih kerana sudi membaca. 
































3 comments:

  1. Sedapnya pulut mangga..cari kat krabi xjumpa ;(..ngidam2.haha

    ReplyDelete
  2. mrsScha, pulut mangga mmg terbaik. sama sedap dgn pulut ayam. kami tak sampai ke krabi lagi. khabarnya krabi pulau yg cantik.

    ReplyDelete
  3. Salam.. boleh tanya x, mcm mana nk cari kereta sewa kat hatyai? Pandu sendiri punya

    ReplyDelete