29 April 2013

Tahniah Zain Kerana Berjaya Merampas Populariti Double A Dalam MCM Selebriti

Pix credit to astrogempak
Sesiapa yang menonton MasterChef Malaysia (MCM) malam tadi mesti sakit hati melihat gelagat jujur-tak-kena-tempat si Zain terhadap juri. Tu baru menonton dah panas hati inikan kalau berada di tempat kejadian ketika itu.

Mesti Lidyawati time tu rasa macam nak sepak je mulut si Zain. *eh Lidya ke saya ni?*. Tak hormat langsung pada chef yang dah berpengalaman berpuluh tahun tu. Orang bagi tips bukan nak dengar betul-betul sibuk buat kerja lain dan lebih dengar jeritan kawan-kawan yang tak seberapa menguasai teknik masak tu.

Bukan ke Cikta kata Zain tu pandai masakan western? Ragu-ragu juga sebab penkek pun tak reti masak.  Harap rupa je western. Tapi saya pernah tonton Hot Guys Who Cook - macam si Zain ni pandai masak. Tapi masatu dia dikalahkan lah. Tak silap dia masak pasta. Kalau setakat masak pasta, eh saya pun terer apa. Nak claim juga terer masak western. (padahal setakat rebus pasta pastu curah sos prego).

Rupanya selera kebanyakan selebriti Malaysia ni balik-balik sambal, masak lemak, masak kicap, dan kuih-kuih biasa yang dijual. Tak inovatif dan tak kreatif langsung. Takkanlah masa terima tawaran takde langsung persiapan untuk ke dapur MCM. Masterchef ok, bukan kelas belajar memasak kanak-kanak.

Lagipun, kata mewakili badan kebajikan untuk dana sumbangan, ishhh memalukan betul bila nak beramal tapi perangai tak serupa yang diharapkan untuk membuat kebajikan.

Apapun, tahniah buat Zain kerana berjaya merampas takhta populariti Azwan Ali aka Double A dalam merencahkan lagi MCM Selebriti yang bagi saya MC Junior Australia lagi kelas. Mungkin dapur MCM terlalu panas baginya. Kurang-kurangnya Double A nak juga dengar nasihat chef-chef dan agak pandai masak. Ko Hadoo???


tak berapa meletop: rasa macam ada ulat gonggok kat tengkuk bila dengar Cikta kata bila tengok Zain pergi, rasa macam nak ikut sekali. Rasa macam nak ridsect diri sendiri je time tu. Hamboi...*geleng-geleng kepala*

p.s: hormon kewanitaan tak berapa stabil ginilah jadinya. grrr....

2 comments:

  1. PENKEK KE YG ZAIN MASAK TU?KU FIKIRKAN LEMPENG TADI.HAHAHA
    ALA...DRAMA JE TU..MMG DAH DISURUH PENGARAH SUH WAT LAGU TU..TP ZAIN PUN BERANI SAHUT CABARAN..TAK PASAL2 ORG DH X SUKA DIA ;)

    ReplyDelete
  2. Eh Kak Irfa, penkek bukan ke aka lempeng. hehe...eh, yang suka dia cikta je la. hehe...bikin panas saya ni.

    ReplyDelete