04 June 2013

Jangan Terkena Dengan Geng Penipu Lebuhraya!!!

Ini kisah benar.

Hidup-hidup adik saya kena tipu. Kisahnya, lepas hantar Ayah dan Mak berlepas ke Medan semalam, Abang, Achue dan anak buah kami, Firas balik ke Melaka.

Dalam perjalanan, entah mengapa kereta yang dibawa berasap dan perjalanan kira-kira 1 kilometer menuju tol Pedas terhenti. Situasi berkenaan menyebabkan satu-satunya adik lelaki yang kami panggil Abang, panik. 

Tidak lama kemudian, ada kereta berhenti dan dua India bertanyakan masalah dihadapi konon untuk menghulurkan bantuan. Dia periksa enjin dan kata ada kebocoran pada tangki minyak hitam. Katanya lagi dia boleh bantu hantar ke bengkel kawannya dengan harga yang berpatutan. Adik saya yang naif ni hanya bersetuju menerima bantuan tanpa berfikir panjang. Tak terlintas di fikirannya untuk telefon kakak-kakak atau saudara mara. Malahan juga tidak terjangka akan melalui situasi seperti itu.

Kereta tunda sampai dan kereta berkenaan ditunda ke Senawang. Senawang ok. Tak pe lagi, menurut kata Achue, untuk ke bengkel punyalah rasa jauh je (masuk lorong keluar lorong), padahal masa balik (bawa kereta bengkel) senang je jalan nak keluarnya (jalan terus je).

Saya dapat tahu cerita ni agak lewat iaitu malam tadi apabila menelefon ke rumah. Saya menyuruh Abang meminta pendapat Pak Long di Pengkalan Balak untuk membantu menyelesaikan perkara ini.

Syukurlah, akhirnya pagi ni Abang ditemani Luthfi (anak kedua Pak Long) yang juga seorang mekanik dan rakan sekerjanya ke bengkel. Bagai diduga, mereka yakin mengatakan bahawa adik saya sebenarnya dah kena tipu.

Tak lama lepas tu, si angah, Hakimah menghubungi saya memberitahu bengkel GH Auto Service tu mengenakan RM900 atas caj tunda ke sana. Gila tak munasabah. Tu pun, kalau tak diminta bayar RM2000. Lepas bertikam lidah macam rasa bergaduh dengan gangster, akhirnya kena-paksa bayar RM900. Kalau tak memang tak dapat bawa keluar kereta. Memang dasar penipu punya kel....ling.

Korang kalau google pasal company ni ada forum mengenainya. Modus operandinya sama je, kalau kereta rosak akan ada mamat keling ni pura-pura bantu, panggil trak tunda dan bawa ke bengkel. Lepas tu hamik la bil melambung. Ada insurans lagi la dia kaw-kaw kenakan. Kawasan penipuan dikatakan sekitar R&R Seremban, Nilai, Senawang dan Pedas. 

PENGAJARAN!!

Buat dak Abang ini pengajaran buat ko, jangan fikir tak nak menyusahkan adik beradik, last-last sendiri yang terkena. Dan jangan fikir kita boleh handle semua masalah tanpa bantuan orang lain. Tak rendah maruah seseorang dengan meminta bantuan pun. Untuk semua, jika melalui perkara seperti ini kelak:

1- Tenangkan diri.

2- Kalau kereta rosak, hubungi PLUS 1-800-88-0000. Minta bantuan dan mereka akan bawa kereta anda FOC taklah sampai depan rumah at least sampai R&R berhampiran atau ofis diorang. Supaya senang menanti mekanik yang kita percaya sampai tak pun kalau ada insurans kol je diorang.

2- Jangan sesekali percaya dengan orang yang kita baru kenal. 

Ni detail bengkel penipu tu. Memang sama alamatnya yang dengan laman forum berkenaan. Khabarnya mereka mempunyai rangkaian bengkel lain yang sama modus operandinya. Apa pun, berhati-hatilah semua.

G.H AUTO SERVICE
No. 1864 Jalan BSS 2/1,
Bandar Seremban Selatan,
71450 Sungai Gadut,
Seremban

TIPS tambahan apabila menghadapi kerosakan kenderaan di lebuhraya (kredit kpd maafcakap):

1. Berhenti di lorong kecemasan. Nyalakan lampu hazard.
2. Berdiri jauh dari kenderaan bagi mengelak kemalangan.
3. Hubungi 1-800-88-0000.4. Beritahu arah lebuhraya di mana kita berada. Misalnya lebuhraya dari Subang-Shah Alam.
5. Beritahu nombor yang tertulis di tiang berkotak hijau dan bertulisan putih yang terdapat berhampiran. Ini akan memudahkan PLUS Ronda dari tol yang paling hampir datang membantu.
6. Kalau masalah kecil, staf PLUS Ronda akan baiki di situ juga. Jika tidak, mereka akan angkut kenderaan kita ke R&R berhampiran.
Kesemuanya dilakukan PERCUMA! Oleh itu, jangan ikut nasihat lori angkut swasta! Nanti kena caj beratus-ratus ke ribu-riban!


Sekian. 

5 comments:

  1. giler melampau, mmg zaman skang jgn mudah percaya dan terpedaya dgn org yg xkenal..mcm2 cara org nak duit dgn jln mudah, neway thanx for the info..sgt berguna..nak lg org yg kuat berjalan mcm saya nie huhu...takot bila baca..

    ReplyDelete
  2. Dzil Khadeeja: sebar2 kan info ni sbg ingatan bersama

    ReplyDelete
  3. nak bagi sedikit tambahan..
    kalau boleh call kawan tunda atau tunda insuran bawa balik dan hantar ke bengkel yang anda percaya...

    satu lagi, biasa PLUS ronda akan hantar ke R&R terdekat atau exit terdekat...

    sekarang ni pun ada WOW servis tunda yang berdaftar dengan PLUS.. lebih dipercayai

    ReplyDelete
  4. Minta maaf ya bang saya nak commant sikit disini, lori tunda swasta bukan semua jahat, kita pun ikut harga berpatutan kalau tuan kendearaan setuju dengan harga ya dan sebelum kita bertindak menunda tuan punya kenderaan. Tapi saya akui, kalau pemandu tunda itu tidak memberi satu harga bersetuju bersama tuan kenderaan, jangan la memberi sesiapa menunda tuan punya kenderaan (atau alasan penunda cakap kita sampai bengkel baru kita bincang harga lagi tak boleh percayakan) sekian dari salah satu pemandu trak tunda swasta di kuala lumpur t.kasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dintongbell Sam Yeong: Pertamanya, saya bukan abang. Saya seorang ibu aka akak. hehe
      Saya setuju tak semua trak tunda swasta 'kaki buat duit' dan ada yang lebih berhemah dalam berurus niaga.
      Kebanyakan kes trak tunda penipu adalah di sekitar Negeri Sembilan. Kes di negeri lain mungkin ada tapi kurang diberi pendedahan. Harap jelas.

      Delete