06 June 2013

Mungkin Faktor Usia, Banyak Novel Cinta Tak Sesuai Jiwa

Baru-baru ni kami ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre. Kami pergi bertiga bersama Ilhan manakala Khalish enggan ikut kerana mahu menemani mak mentua saya yang keseorangan di rumah memandangkan adik ipar bongsu, Mira telah mula belajar di Matrikulasi Banting.

Kami jarang meronda ke Shah Alam. Bila sampai ingatkan pesta buku berkenaan belum bermula maklumlah sebelum jam 10 kami dah terpacak di SACC Mall, cari punya cari, baru En Bapak perasan yang kami sepatutnya ke SACCnya saja bukan SACC Mall! Nasib baik bersebelahan je bangunannya.

Maka, misi mencari buku pun bermula. Disebabkan kami tidak dapat ke pesta buku antarabangsa baru-baru ini, harapannya dapat berjumpa dengan buku-buku menarik untuk bahan bacaan kami di waktu senggang.
Posing je lebih padahal beli buku masakan je
Booth pertama kami jumpa adalah Karangkraf. Macam biasa, ada banyak seksyen membabitkan majalah, buku masakan, novel, buku keagamaan dan banyak lagi. Agak lama saya di rak menempatkan hampir puluhan novel yang diterbitkan. Pesan mak mentua mesti didahulukan yang mahukan novel sedih-sedih katanya. Puas la saya belek sinopsis setiap novel yang ada.

Kecewanya saya bila kebanyakan jalan ceritanya adalah sama, kisah anak orang kaya bercinta dengan anak kurang ada-ada, kerenah nakal jiwa remaja dan kisah cinta tak berkesampaian dan bersegi-segi. Bosan! Saya syak mungkin faktor usia yang menyebabkan saya rasa seperti itu. Novel cintan-cintun tak sesuai dengan jiwa sekarang.

Saya lebih suka membaca novel-novel islamik yang mampu membuatkan minda saya berfikir bukan mempermainkan emosi semata-mata. Selain itu, buku bibliografi tokoh, keibupaaan, kemahiran, dan masakan juga menjadi minat saya. 
Punyalah lama kitorang teman En Bapak kat booth ITBM, bukan nak beli boleh dia baca free je
Novel yang mungkin ada kelainan dan menarik perhatian saya karya Ramli Awang Murshid. Saya memang peminat setia gaya penulisannya walaupun tak lengkap lagi sebahagian koleksi novel yang pernah diterbitkan.

Memang tiada langsung berkenan di hati walaupun hampir sejam saya berada di situ membelek novel satu-persatu. Tiada yang sesuai untuk dipilih untuk mama dengan novel yang bagi saya lebih bernilai komersial tanpa 'jiwa'. Adakah sebab Karangkraf telah menjual copyright novel kepada produksi menyebabkan penceritaan novel yang dihasilkan lebih kurang sama, entahlah...

Kalau ke pesta buku, seboleh-boleh kami cuba elakkan melalui booth yang menjual produk untuk perkembangan kanak-kanak - konon anak boleh membaca, mengira dengan cepat menggunakan produk mereka. Asal nampak kita lalu bawa anak, mulalah promoternya nak tarik kita ke booth mereka nak terang bagai. Saya tak suka bazirkan masa di situ sebab anak saya kenal abjad jawi, rumi dan 1-10  menjelang usia  1 tahun!
Hasil tangkapan : tengok tajuk yang bawah sekali tu, sangat berbaloi untuk dibeli sebagai panduan, nanti saya kongsi 
Booth yang paling menarik bagi saya adalah PTS. Banyak rupanya novel islamik yang mereka terbitkan selain mempunyai buku bukan bahasa Melayu yang telah diterjemahkan. Sayangnya hanya beberapa novel dan buku yang sempat disambar ekoran Ilhan mula merengek menarik baju mengajak kami balik.

Selepas beberapa ketika mencari buku En Bapak dan jingsaw puzzle interaktif untuk Khalish dan Ilhan, kami pun bertemu janji dengan sepupu saya Kak Fiza untuk bertemu di Plaza Alam Sentral. Kami makan di Garden Cafe. En Bapak kata tak sedap! Sekali tu je lah pergi.  

notajari: #akan mula mengumpul koleksi novel habiburahman el-shirazy, in sha Allah.

No comments:

Post a Comment