11 July 2013

Ini Ayam Selasih Bukan Ayam Senandung

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog picisan saya ni. Harini masuk hari kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah hendaknya. 
Pix kredit: sini
Sebelum ni, selalu juga nampak ayam berwarna hitam togel siap dibungkus di Mydin. Ingatkan ayam tu memang sengaja di'bakar-rentungkan' untuk memberi impak 'smoke' kekdahnya. Rupa-rupanya memang ayam tu jenis warna hitamlah. Dari bulu, bebola mata, kulit, daging, tulang malah lidahnya juga berwarna hitam. Tulah...kan dah tak kenal jenis ayam lagi. ahahaha....*simpati pada diri sendiri.

Lepas tu, tertengok pula dalam masterchef selebriti baru-baru ni, diorang kena masak ayam selasih. Ayam ni selalunya cina yang pandai masak. Biasanya dibuat sup herba atau ubat. Ada juga mengatakan ayam selasih ni antara lain sebagai salah satu 'pengeras' untuk ritual ghaib. *tahyul sangat dah ni.

Mengikut pembacaan saya menerusi google, di Indonesia ayam ini turut dikenali sebagai ayam cemani. Katanya harga ayam ni boleh mencecah ribuan ke ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis ayam selasih yang dikehendaki. Biasanya ada kriteria tertentu dicari oleh bakal pembelinya antara lain keseluruhan badan ayam termasuk darahnya haruslah berwarna hitam. *tahi warna hitam tak nak ke?

Kat Mydin, reganya dalam belas-belas ringgit je, tapi yang dah matilah. En Bapak pernah mencadangkan pada saya supaya beli dan buat masak rendang. Eksotik la sangatkan, rasa macam tak lalu nak potong, masak apatah lagi makan. hurm...
Masa ke pasar besar Ipoh tempoh hari, ternampaklah ayam jenis ni kat area jual pisang bawah tu. Dah terlanjur nampak, kita tanyalah ayam apa ni. Rupanya nilah ayam selasih yang hitam legam tu. 

Harganya......cer tanya, cer tanya....harganya..........jap kesat peluh, harganya ye....RM120 seekor je. Diulang RM120 seekor je tau. Tapi yang kami jumpa ni tak semuanya hitam, paruhnya ada blond skit. Mesti dah jadi kacuk ni ala pan asian la katakan.

Kita berenti amik gambar je lah. Bukan senang nak jumpa ni. Minggu selepas tu, pergi pasar, dah kosong sangkar ayam ni. Selamat....Kesimpulannya, silalah ambil tahu jenis-jenis ayam disekeliling kita. Jangan terer pasal ayam KFC spicy-original je. Ada faham??

Baiklah, sebagai kerja rumah cuba teka apakah nama ayam di bawah ini.

4 comments:

  1. First time tengok orang masak ayam hitam ni dalam masterchef aritu..taktau pon wujudnya ayam hitam ni tau..huhu

    ReplyDelete
  2. Cik Viva: dah tau, cuba la masak pulak. hihihi

    ReplyDelete
  3. tak tahu pun psl ayam hitam ni
    penah jgk tertengok,igt sengaja di layur api kasi hitam

    ReplyDelete
  4. Kak Irfa: sama la kita ingat ayam tu dilayur kasi hitam

    ReplyDelete